Carian
Kerajaan Tiada Perancangan Untuk Wajibkan Pemasangan Kamera Papan Pemuka Bagi Kenderaan
May 17, 2024 Aman

Menteri Pengangkutan kini memaklumkan yang mana kerajaan tiada sebarang perancangan dalam mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka atau “dashcam” pada semua kenderaan di Malaysia. Walaubagaimanapun, kerajaan mengalakkan pemasangan kamera papan pemuka berkenaan, terutamanya untuk kenderaan baharu terus daripada pengilang.

Dengan kenderaan baharu terus daripada pengilang memasang kamera papan pemuka, ia akan memudahkan pengguna dan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos tambahan untuknya.

Disamping itu, Menteri Pengangkutan turut mengalakkan syarikat pengusaha bas untuk memasang kamera papan pemuka pada bas, seterusnya boleh digunakan untuk merakam dan dijadikan bahan bukti sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ia juga akan memudahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah dan perlu bertanggungjawab.

Berkongsi lanjut, mengikut data statistik, sekitar 15 hingga 17 orang meninggal dunia setiap hari secara purata disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Komen