Carian
ASUS ROG Ally X Dijangka Hadir Dengan 24GB Memori LPDDR5X
May 17, 2024 Nazrin

ASUS baru-baru ini telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan kemaskini kepada konsol PC mudah-alih ASUS ROG Ally mereka dengan ASUS ROG Ally X yang akan hadir dengan rekaan berwarna hitam dan beberapa penambahbaikan yang lain.

Terkini, maklumat nampaknya telah tertiris mengenai salah satu penambahbaikan tersebut, dan ia adalah pada bahagian memori konsol ini. ROG Ally X dijangka akan hadir dengan 24GB memori LPDDR5X, berbanding dengan 16GB memori LPDDR5 yang digunakan pada konsol ROG Ally pertama yang dilancarkan pada tahun lepas. Beberapa laporan juga telah mengesahkan bahawa ROG A

Tiada perbezaan yang akan diperlihatkan dari segi paparan skrin yang masih lagi akan menggunakan paparan LCD 7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan juga cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme pada model pertama. Satu perubahan yang diperlihatkan ialah ROG Ally X tidak akan menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 biasa.

Dalam pada itu, ASUS juga dijangka akan mengemaskini lokasi pembaca kad MicroSD untuk memperbaiki isu rosak akibat kepanasan melampau, dan juga akan memperkenalkan saiz bateri yang lebih besar untuk model ini.

ASUS dijangka akan memperlihatkan konsol ASUS ROG Ally X ini sewaktu acara COMPUTEX Taipei kelak, jadi sama-samalah kita menunggu untuknya.

Komen