Carian
ASUS Vivobook S 15 OLED Dengan Snapdragon X Elite X1E Tertiris
May 17, 2024 Fahim Zahar

Pada 21 Mei akan datang, Microsoft akan mengumumkan sejumlah produk AI baharu seperti Surface, Copilot, kemas kini Windows dan banyak lagi. Pada tarikh yang sama, ASUS turut akan melancarkan laptop AI mereka yang dijangka akan dijana cip Snapdragon X Elite. Spesifikasi dan butiran laptop ini telah pun tertiris.

Laptop ini adalah ASUS Vivobook S 15 OLED dengan nombor model S5507QA-MA089WS. Ia menggunakan skrin OLED 15.6-inci beresolusi 3K dengan kadar segar semula 120Hz, dijana Snapdragon X Elite X1E 3.4GHz dipadankan dengan memori 32GB RAM LPDDR5x dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe 4.0 SSD. Laptop ini turut dilengkapi dengan Qualcomm AI Engine dan GPU Intel Qualcomm Adreno.

Bateri laptop ini adalah 70Whrs dengan rekaan tiga-sel, rekaan laptop dilihat konsisten dengan Vivobook yang lain dan harga jualan dikatakan adalah sekitar RM7,6356 ke RM11,708. Laptop dengan Snapdragon X Elite dikhabarkan akan menjadi pesaing peranti Mac dengan cip Apple Silicone untuk sistem operasi Windows. Sama-sama kita nantikan.

Komen