Carian
Perkhidmatan Telekomunikasi Yoodo Akan Ditutup Pada 29 Ogos Ini
May 17, 2024 Nazrin

Yoodo, syarikat telekomunikasi mudah-alih mampu-milik yang dikelolai oleh Celcom sebelum gabungan CelcomDigi telah mengumumkan hari ini bahawa syarikat tersebut akan ditutup pada 29 Ogos 2024 ini.

Ini adalah kerana sebahagian daripada perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai. Pengumuman penutupan ini nampaknya telah menandakan bahawa CelcomDigi masih belum menemui pembeli untuk perkhidmatan telekomunikasi tersebut, dan ini menyebabkan Yoodo membuat pengumuman ini.

Pihak Yoodo mengatakan bahawa pelanggan sedia ada masih boleh menggunakan perkhidmatan ini seperti biasa, dan boleh memindahkan nombor mereka ke syarikat-syarikat telekomunikasi lain jika diingini, dan perkhidmatan mereka tidak akan menerima sebarang gangguan sehiniggalah tarikh penutupan 29 Ogos yang dikatakan.

Yoodo juga mengatakan bahawa butiran mengenai fasa peralihan syarikat telekomunikasi tersebut, mungkin untuk memindahkan pengguna ke syarikat telekomunikasi lain (seperti CelcomDigi) akan dikongsikan pada 17 Jun 2024 ini.

Untuk butiran lanjut mengenai pengumuman ini, anda boleh melayari laman web Yoodo.

Komen