Carian
Aurora Kini Ialah Superkomputer AI Terpantas Dunia
May 17, 2024 Zamir Roslan

Jun lalau Aurora siap dipasang dengan ia menyasarkan kemampuan memproses pada tahap exaFLOPS. Minggu ini ia secara rasmi dinobatkan seperti superkomputer AI terpantas dunia. Aurora mencatatkan kuasa memproses 1.012 exaFLOPS juga mencatatkan kemampuan 10.6 AI exaFLOPS yang menjadikannya superkomputer untuk AI terpantas di dunia. Ia turut menjadi superkomputer kedua yang berjaya mencapai tahap exaFLOPS selepas Frontier.

Secara teorinya Aurora mempunyai kemampuan memproses mencecah 2 ExaFLOPS. Sebanyak 21,248 CPU Intel Xeon siri Max digunakan dengan ia dipadankan pula dengan 63,744 GPU Intel Data Center siri Max. Ini turut menjadikannya komputer dengan kluster GPU terbesar di dunia.

Komen