ChatGPT terus memperluaskan sokongan pada perkhidmatan mereka secara berperingkat. Terbaru, ChatGPT turut menambah sokongan integrasi untuk Google Drive dan Microsoft OneDrive. Dengan langkah ini, para pengguna boleh terus melakukan analisa untuk fail-fail yang disimpan pada perkhidmatan awanan berkenaan, dan bertanyakan pelbagai perkara berkaitan sesuatu dokumen.
Buat masa ini, ChatGPT hanya menawarkan sokongan ini untuk mereka yang melanggan pelan ChatGPT Enterprise sahaja.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak ChatGPT akan menawarkan sokongan ini untuk semua pengguna. Sebelum ini, pada acara Google I/O yang berlangsung pada awal minggu ini, Google turut telah memperkenalkan integrasi Google Gemini terus pada Google Drive. Dengan integrasi yang disediakan terus oleh Google, tidak diketahui sama ada pengguna akan menggunakan ciri ini pada ChatGPT atau sebaliknya – apatah lagi sesetengah dokumen akan melibatkan kerisauan privasi dan sebagainya.