Carian
Perlawanan UEFA EURO 2024 Boleh Ditonton Melalui Astro, Sooka Dan NJOI
May 17, 2024 Amy Maizuraa

Pelanggan Astro kelak boleh menonton kesemua 51 perlawanan Kejohanan Bola Sepak UEFA Euro 2024 secara langsung melalui dua saluran utama iaitu SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 (Saluran 809), serta Astro GO, Sooka dan NJOI. Perlawanan UEFA EURO 2024 ini berlangsung di Jerman bermula 14 Jun hingga 14 Julai 2024 dan semua pelanggan Astro terpilih akan mendapat akses untuk menyaksikan dalam versi HD.

Akses percuma akan diberikan kepada semua pelanggan Pek Sukan Astro melalui saluran SPOTV Stadia, SPOTV2 Stadia. Sementara itu pelanggan selain Sports Pack pula boleh melanggan Sports add-on pada harga RM42.99/bulan. Selain itu pelanggan juga boleh menstrim siaran langung perlawanan melalui aplikasi Sooka dengan EU Pass tambahan berharga RM39.80 di kesemua peranti. Selain turut boleh disrim di televisyen dengan menaiktaraf ke langganan Sooka Premium Plan.

Bagi peminat bola di saluran NJOI pula, pelanggan boleh membeli Sports Mega Pack untuk menunjuk kesemua 51 perlaawanan EURO 2024 dalam versi HD di saluran-saluran yang disediakan khas. Ia ditawarkan pada harga serendah RM15/hari atau RM47/bulan bermula 12 Jun hingga 15 Julai 2024 melalui aplikasi My NJOI. Kesemua pelan langganan di sooka dan NJOI adalah tanpa kontrak dan komitmen.

Komen