Cari @ Amanz

Siri Honor 200 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 27 Mei 2024

Link Copied!

Honor mengesahkan bahawa terdapat dua telefon kelas pertengahan baharunya akan tiba pada bulan ini. Ianya terdiri dengan Honor 200 dan Honor 200 Pro dengan masing-masing mempunyai pilihan sama ada praktikal atau rekaan yang lebih estetika. Perincian pada kemasan juga antara yang mahu ditampilkan pada koleksi ini. Selain itu, Honor turut memilih kombinasi warna pastel yang ceria untuk memastikan setiap peranti nampak eksklusif dengan corak abstrak disertakan.

Kedua-dua koleksi masih mengekalkan bonggol kamera bujur seperti siri Honor 100 namun dikemaskan dengan unsur lebih moden. Kemudian kamera utama 50MP dengan OIS akan digunakan sebagai pelengkap. Panel hadapan kedua-duanya pula sejenis berlubang untuk perletakan kamera swafoto. Cumanya lubang kamera berbentuk pil digunakan pada versi pro.

Butiran lebih lanjut mengenai peranti masih menjadi misteri namun apa yang pasti pelancarannya akan berlangsung di China pada 27 Mei 2024.


Komen ()