Carian
X Kini Beralih Kepada Domain X.com – Tidak Lagi Menggunakan Jenama Twitter
May 17, 2024 Aman

Elon Musk telah pun mengumumkan penjenamaan perkhidmatan sosial Twitter sebagai X sebelum ini. Namun, sejak diumumkan, beberapa elemen masih menggunakan elemen asal Twitter, termasuk domain web sendiri yang menggunakan Twitter.com. Namun, hari ini, perkara berkenaan berubah.

Twitter.com kini berubah kepada X.com, sekaligus memperlihatkan peralihan perkhidmatan sosial berkenaan ke domain yang dimiliki Elon Musk. Dengan langkah ini, mungkin kita tidak lagi akan melihat penjenamaan Twitter, dan mungkin dalam beberapa tahun, Twitter dilupakan ramai.

Dibawah Elon Musk, ia dirancang untuk membangunkan X sebagai sebuah aplikasi “super”, yang mana bukan sahaja untuk media sosial, tetapi juga untuk berkomunikasi melalui panggilan suara dan video, menerbitkan kandungan, berkongsi video, dan juga kelak menyokong pembayaran. Sama-sama kita nantikan peralihan seterusnya selepas ini.

Komen