Carian
Chrome OS Baharu Membenarkan Aplikasi Web Progresif Seperti Pixlr Dipasang Daripada Laman Web Pembangun
May 17, 2024 Amy Maizuraa

Google telah memperkenalkan cara baharu untuk memudahkan pengguna memasang aplikasi pada Chromebook. Satu perubahan paling menonjol ialah butang “Add to Chromebook” serba baharu yang membolehkan aplikasi dipasang terus dengan hanya menekannya. Butang boleh diletakkan di laman web pembangun misalnya dengan ini pengguna tidak perlu lagi ke App Store terlebih dahulu sekaligus. menjimatkan masa.

Ia menyokong pemasangan Aplikasi Web Progresif (PWA) dan aplikasi Android. Pada PWA tingkap memasang aplikasi akan muncul terus pada skrin dengan satu butang untuk memulakan pemasangan. Pada aplikasi Android pula, tingkap Play Store akan muncul dahulu dengan maklumat aplikasi dipaparkan. Tekan butang “Install” dan aplikasi akan dipasang pada komputer.

Pada ketika ini hanya 18 pembangun sudah menyokong ciri “Add to Chromebook” pada aplikasi mereka dan salah satu daripadanya ialah Pixlr, syarikat yang berpangkalan di Malaysia. Pembangun perlu mengaktifkan sendiri ciri ini untuk aplikasi mereka.

Kesemua ciri ini akan diaktifkan menerusi kemas kini Chrome OS 125 yang akan diberikan secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang

Komen