Carian
Grand Theft Auto 6 Akan Tiba Pada Musim Luruh 2025
May 17, 2024 Effi Saharudin

Bilakah Grand Theft Auto 6 akan dilancarkan? Semasa trailer permainan diumumkan ia sekadar mengatakan tahun 2025. Hari ini semasa Take 2 Interactive mengumumkan laporan kewangan mereka, GTA 6 disahkan akan dilancarkan pada musim luruh 2025.

Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Sebagai peringatan GTA 5 dilancarkan pada 17 September 2023. Penantian selama hampir atau mungkin lebih 12 tahun akan berakhir tahun hadapan.

Walaupun permainan sudah berusia lebih sedekad, GTA 5 masih menjana pendapatan lebih $700 juta menjadikannya antara yang paling menguntungkan kepada penerbit pernah dihasilkan.

Komen