Carian
U Mobile Tamatkan Pelan GX50 – Semua Pelanggan Sedia Ada Dinaik-Taraf Kepada “Giler Unlimited GX55”
May 17, 2024 Aman

U Mobile kini memaklumkan para pelanggan yang menggunakan pelan pascabayar Giler Unlimited GX50, yang mana pelan berkenaan telah ditamatkan berkuat-kuasa hari ini, 17 Mei 2024. Semua pelanggan sedia ada dinaik-taraf kepada pelan baharu, Giler Unlimited GX55 secara automatik.

U Mobile Giler Unlimited GX55 mengekalkan penawaran lebih kurang sama seperti GX50, tetapi dengan kelajuan internet yang tidak dihadkan kepada 5Mbps seperti GX50. Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati akses internet lebih pantas melalui pelan ini.

Penawaran seperti internet tanpa had, dan perkongsian hotspot 5GB disertakan, termasuk sokongan panggilan tanpa had ke semua talian.

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan pada naik-taraf pelan ini adalah semua pelanggan akan perlu membayar lebih tinggi, iaitu RM55 sebulan bermula 21 Jun 2024 kelak. Pengguna sedia ada ditawarkan dengan diskaun RM5 untuk bulan ini, dan harga pelan akan dikenakan sebanyak RM55 bermula bulan hadapan.

Komen