Carian
Slack Dikritik Ramai Kerana Guna Mesej Pengguna Untuk Melatih AI
May 18, 2024 Aman

Slack merupakan salah satu aplikasi komunikasi dan kolaborasi yang digunakan meluas oleh pelbagai perusahaan, organisasi mahupun orang persendirian. Perkhidmatan ini telah pun diambil-alih oleh Salesfoce sebelum ini.

Seperti pelbagai syarikat teknologi, Slack dilihat tidak ingin ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan, dan telah mula melakukan latihan model sendiri. Namun, ia agak mendukacitakan kerana Slack didapati menggunakan mesej dan data pengguna dalam melatih model AI mereka.

Melalui laman privasi di Slack, ia memaklumkan pengguna menyatakan, “Dalam usaha membangunkan model AI, sistem menganalisa data pengguna (seperti mesej, kandungan dan juga fail) yang dihantar ke Slack, selain pelbagai informasi yang ditekankan pada polisi privasi dan juga dalam perjanjian pelanggan”.

Semua latihan dilakukan dengan anggapan pengguna telah memberi kebenaran, dan sekiranya tidak menyukai perkara berkenaan, pengguna perlu emelkan kepada [email protected] untuk mengecualikan penggunaan data-data melibatkan komunikasi anda.

Pada masa yang sama, maklumbalas awal Slack menyatakan model pembelajaran mesin bagi ciri seperti Channel, cadangan emoji dan juga hasil carian. Namun, perkara ini tidak begitu yakinkan pengguna dari segi apa digunakan untuk melatih model yang mana.

Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan dengan Slack ini dalam beberapa hari akan datang.

Komen