Carian
Shutterstock Mengambil-Alih Envato Pada Nilai $245 Juta
May 19, 2024 Aman

Shutterstock merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena penawaran gambar dan imej untuk digunakan bagi pelbagai penerbitan dan pembangunan web. Terbaru, Shutterstock mengumumkan mereka akan mengambil-alih Envato pada nilai $245 juta.

Envato merupakan salah satu firma yang popular dalam penawaran aset digital dan kreatif melalui sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, termasuk ThemeForest yang memfokuskan templat dan tema web, VideoHive yang menawarkan aset digital memfokuskan video, AudioJungle yang menawarkan aset digital berbentuk audio, GraphicRiver yang menawarkan pelbagai variasi grafik dan muka-taip, CodeCanyon yang menawarkan kod sumber pembangunan web dan aplikasi, serta pelbagai perkhidmatan lain dibawah mereka.

Disamping itu, Envato turut mempunyai khidmat langganan tersendiri dinamakan Envato Elements yang merangkumi pelbagai aset digital pada satu harga langganan bulanan.

Dengan pengambil-alihan ini, Shutterstock terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena aset digital dan kreatif – sekaligus kini merangkumi pasaran yang lebih besar lagi.

Komen