Carian
AirTag Generasi Baharu Dijangka Diperkenalkan Pada 2025 – Dengan Cip Baharu
May 19, 2024 Aman

Apple AirTag merupakan salah satu aksesori dengan sokongan penjejak, dalam usaha memudahkan pengguna dalam menyertakannya bersama pelbagai barangan mereka, dan menjejak lokasi semasa. Ia telah dilancarkan sekitar tiga tahun lepas, dan kini Apple dilihat dalam proses memperkenalkan kemaskini untuk AirTag.

Menurut Bloomberg, Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.

AirTag baharu ini dijangka hadir dengan cip yang dikemaskini, selain sokongan geolokasi lebih baik dalam usaha memudahkan lagi penjejakkannya dengan jitu.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan AirTag baharu oleh Apple pada tahun 2025 kelak.

Komen