Carian
Pencipta DRAM, Robert Dennard Meninggal Dunia
May 20, 2024 Effi Saharudin

Robert Heath Dennard, insan yang mencipta DRAM dan merupakan mantan penyelidik di IBM telah meninggal dunia pada 23 April. Kematian beliau pada usia 91 tahun hanya diumumkan oleh anak perempuan hujung minggu lalu disebabkan oleh jangkitan kuman.

Beliau memulakan kerjaya di IBM pada tahun 1958 dan terlibat dalam pembangunan komputer-komputer awal. Pada tahun 1977, beliau menemui cara menyimpan satu bit digital di dalam satu transistor. Ini merupakan permulaan kepada teknologi Dynamic Random-Access Memory (DRAM) yang kini digunakan pada kesemua komputer, telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan pelbagai lagi peranti elektronik yang memerlukan memori yang disimpan sementara. Secara tidak langsung beliau turut membuka pintu kepada penciptaan memori Flash dan SRAM.

Selain mencipta DRAM, beliau juga terkena dengan Penskalaan Dennard (Dennard Scaling) yang menyatakan apabila transistor semakin kecil, ketumpatan kuasanya kekal malar supaya penggunaan kuasa kekal berkadar terus dengan luas.

Komen