Carian
Anda Kelak Boleh Pantau Fail Yang Dikongsi Pada File Explorer Windows 11
May 20, 2024 Fahim Zahar

Microsoft akan mengemaskini Windows 11 dengan ciri AI generatif untuk komputer AI tidak lama lagi. Antara perubahan yang akan dibawakan adalah File Explorer sekali lagi akan menerima perubahan fungsi dan kemas kini antaramuka. Terbaru, tab untuk melihat sejarah perkongsian fail dilaporkan telah mula diuji.

Pada laman Utama file akan terdapat beberapa kategori sekarang iaitu Capaian Segera (Quick Access) yang memaparkan pintasan kepada Desktop, Documents, Music, dan lain-lain akan terdapat satu bahagian baharu yang menggabungkan Recent, Favorites dan Shared. Fungsi sebenar masih tidak jelas kerana ciri ini masih di peringkat awal dan disembunyikan oleh Microsoft.

Berdasarkan penggunaan File Explorer sekarang pada Windows 11 Insider saluran Dev, Shared ini akan memaparkan fail-fail yang pernah dikongsi. Pengguna mungkin boleh melihat fail apa dan mungkin mencari semula lokasi fail untuk mudah diakses semula untuk rujukan dan sebagainya. Microsoft turut akan menyertakan ciri AI dan storan awanan pada File Explorer untuk Copilot boleh cari fail dan tolong rumus. Sama-sama kita nantikan.

Komen