Carian
TCL Memperlihatkan Paparan Skrin 4K Dengan Kadar Segar Semula 1000Hz
May 20, 2024 Nazrin

Di acara Display Week 2024 yang berlangsung pada minggu lepas, terdapat satu penemuan yang cukup menarik sekali yang diperlihatkan oleh jenama pembuat skrin TCL CSOT, iaitu sebuah paparan skrin yang mempunyai kadar segar semula 1000Hz.

Paparan skrin dengan kadar segar semula tinggi bukanlah sesuatu yang baru, tetapi secara lazimnya paparan-paparan sebegini akan hadir dengan resolusi yang lebih rendah terlebih dahulu sebelum ia diperlihatkan pada paparan dengan resolusi lebih tinggi.

Contoh yang diperlihatkan oleh TCL CSOT adalah agak unik, dimana mereka memperlihatkan paparan skrin dengan resolusi 4K yang mempunyai kadar segar semula setinggi ini. Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai paparan ini buat masa ini, tetapi menurut pihak BlurBusters (pembangun disebalik penanda-aras paparan TestUFO) yang menemuinya, TCL menggunakan panel LED untuk skrin ini.

Dengan paparan sebegini, anda pastinya memerlukan sebuah komputer dengan kuasa gaming yang sangat hebat, dan penggunaan palam HDMI 2.1 ataupun DisplayPort 2.1 untuk menggerakkan kadar segar semula pantas dan resolusi sebesar ini. Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah TCL akan mula mengeluarkan paparan LED ini secara besar-besaran.

Komen