Carian
Storan USB Blaustahl Diperlihatkan – Storan 8KB Dengan Jangka Hayat 200 Tahun
May 20, 2024 Nazrin

Apabila bercakap mengenai storan USB, ia tidak mengejutkan bahawa saiz peranti dan jumlah storan secara lazimnya adalah berkadar songsang. Ini memudahkan pengguna untuk membawa pelbagai jenis fail bersama-sama dengan mereka kemana-mana, dan memudahkan akses kepadanya.

Terkini, sebuah syarikat yang bernama Machdyne telah memperkenalkan sebuah storan USB bersaiz kecil bernama Blaustahl yang mempunyai storan bersaiz 8KB (kilobyte) sahaja. Kelebihan storan ini? Ia hadir dengan jangka hayat sepanjang 200 tahun yang secara kebiasaannya hanya diperlihatkan pada storan pita.

Storan USB Blaustahl ini diperbuat daripada FRAM ataupun Ferroelectric RAM yang direka untuk penyimpanan data teks untuk jangka-masa panjang. Ia hadir dengan bukan sahaja kadar penulisan data yang sangat pantas, tetapi juga mempunyai kitaran penulisan dan pembacaan data setinggi sejuta bilion kitaran.

Storan ini menggunakan sambungan USB Type-A untuk mengakses storan didalamnya, dan pengguna tidak perlu memasang sebarang perisian tambahan untuk menggunakannya. Secara teknikalnya, storan USB sebegini boleh digunakan untuk menyimpan data sulit seperti kata laluan, nota, kunci kriptografi dan sebagainya, sekiranya storan ini tampil dengan sistem keselamatan yang cukup baik.

Komen