Carian
Alibaba Menyuntik Pelaburan Tambahan Sebanyak $230 Juta Pada Lazada
May 20, 2024 Aman

Lazada, salah satu laman edagang di rantau Asia Tenggara, kini dilihat menerima suntikan dana pelaburan berjumlah $230 juta daripada pihak Alibaba. Untuk makluman, sebelum ini pihak Alibaba telah melakukan suntikan pelaburan beberapa kali pada Lazada dalam memastikan operasi perkhidmatan laman edagang berkenaan berjalan lancar.

Lazada pada hari ini boleh dikatakan menerima saingan sengit daripada Shopee, selain pasaran berkenaan turut diceburi TikTok melalui TikTok Shop.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah Lazada akan menggunakan suntikan dana pelaburan tambahan ini – sama ada untuk pemasaran, atau operasi semata-mata sahaja.

Komen