Carian
Perkakasan Internet Satelit Starlink Kini Ditawarkan Pada Harga RM1150 Untuk Masa Terhad
May 20, 2024 Nazrin

Starlink, syarikat perkhidmatan internet satelit yang dibangunkan oleh Elon Musk telah mula ditawarkan di pasaran tempatan sejak tahun lepas, dan kini, untuk masa terhad, akan menawarkan perkakasan untuk sambungan internet tersebut pada separuh harga.

Asalnya ditawarkan pada harga RM2300 dengan harga langganan RM220 sebulan, Starlink akan menawarkan perkakasan internet satelit mereka pada harga RM1150 bermula hari ini sehingga 14 Jun 2024. Diskaun 50 peratus ini dapat diperlihatkan melalui laman web rasmi mereka, termasuklah pengedar-pengedar rasmi mereka seperti Senheng, SenQ dan juga SNS Network.

Walaupun begitu, harga diskaun ini hanyalah untuk perkakasan Starlink Standard Actuated Kit, manakala tanda harga langganan RM220 sebulan masih lagi ditetapkan pada harga yang sama.

Seperti yang dikatakan, diskaun separuh harga ini mula ditawarkan pada hari ini sehingga 14 Jun ini, jadi jika anda berminat untuk mendapatkan kit internet satelit ini untuk rumah ataupun penempatan di luar bandar yang mungkin tidak mendapat sambungan internet jalur lebar ataupun selular, ini mungkin peluang terbaik anda untuk mula menggunakan perkhidmatan internet Starlink.

Komen