ChatGPT yang berbual seakan manusia sebenar diperlihatkan kepada umum tahun lalu dengan Voice Mode. Bagi pengguna tegar, suara “Sky” yang ditawarkan oleh OpenAI kedengaran mirip seperti suara pembantu maya dalam filem Her yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson.

OpenAI hari ini mengumumkan suara Sky tidak lagi akan ditawarkan. Menurut mereka kerana terdapat persamaan dengan suara pelakon Black Widow ini, Sky kini ditarik semula. Suara Voice Mode tidak sepatutnya mirip suara pelakon. Sebenarnya suara pelakon wanita lain digunakan untuk menghasilkan Sky tetapi OpenAI tidak mendedahkan identiti beliau.
Suara lain Breeze, Cove, Ember, dan Juniper masih lagi boleh digunakan dengan proses memilih suara untuk melatih model mengambil masa selama lima bulan. Dengan pengenalan GPT-4o minggu lalu, model bahasa baharu akan diperkenalkan menerusi Voice Mode dalam masa terdekat.