Carian
Kapcai Elektrik BMW CE 02 Mula Dipasarkan – Versi Highline Pada Harga RM 40,000
May 21, 2024 Ikhwan Nazri

Setahun selepas pengumuman skuter elektrik BMW CE 04 di Malaysia Autoshow 2023, hari ini di acara Malaysia Autoshow 2024 BMW Motorrad Malaysia mengumumkan kapcai elektrik mereka iaitu BMW CE 02 akan dijual di pasaran tempatan pad harga RM 40,000

BMW CE 02 hadir ke pasaran Malaysia dalam versi Highline, di mana kemasan kusyen bergaya, pengecasan pantas 1.5kW, didatangkan dengan cagak peranti pintar, cabang hadapan berwarna emas, mempunyai tiga mod tunggangan iaitu Flash yang lebih pantas berbanding dua mod lain iaitu Surf untuk tunggangan biasa, dan Flow untuk tunggangan santai, serta pemegang yang dilengkapi pemanas tangan. 

Dari segi spesifikasi, BMW CE 02 mempunyai enjin yang memberikan kuasa maksimum 15hp dan boleh memecut 0-50km/j dalam masa 3 saat. Ia mempunyai 2 bateri berkapasiti 1.96kW yang memberikan jarak perjalanan sejauh 95km pada kiraan WMTC, dan dapat dicaj dari 20% ke 80% sekitar 168 minit. 

Kapcai elektrik ini akan dijual pada harga RM 40,000 dan hanya memerlukan lesen B2 untuk ditunggang dengan sah di jalan raya. Anda boleh ke cawangan BMW Motorrad berhampiran untuk mencubanya. 

Komen