Carian
Pratempah Smart #3 Kini Dibuka – Harga Smart #1 Kini Bermula RM 169,000
May 21, 2024 Ikhwan Nazri

Di Malaysia Autoshow 2024 yang bermula hari ini turut menampilkan pengumuman mengenai Smart #3 oleh PRO-NET. Kereta terkini dari Smart ini hadir dalam kelas Coupe, dan mempunyai sifat fizikal lebih besar berbanding Smart #1 yang merupakan kelas Hatchback.

Smart #3 ini hadir dengan 3 variasi iaitu Pro, Premium dan Brabus. Ketiga-tiga versi jni mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar, dan jarak perjalanan yang lebih jauh berbanding Smart #1. Malah Smart #3 turut mempunyai 3 mod pembrekan janaan semula, dan untuk versi Brabus ia boleh memecut 0-100 km/j sepantas 3.7 saat.

Bermula hari ini, pengguna boleh juga boleh melakukan pratempahan Smart #3 yang akan dijual tidak lama lagi. Harga rasmi tidak diumumkan buat masa ini, namun untuk 333 pratempah pertama akan menerima barangan eksklusif Smart yang bernilai RM 1,500.

Sejajar dengan itu, harga Smart #1 turut dikemaskini dan menerima penurunan. Smart #1 Pro kini dijual pada harga RM 169,000 berbanding harga asal RM 189,000, manakala Smart #1 Premium kini dijual pada harga RM 209,000 berbanding harga asal RM 219,000.

Pra-tempah Smart #3 dan juga pembelian Smart #1 boleh dilakukan secara terus menerusi aplikasi mereka Hello Smart App. Anda juga boleh hadir ke acara Malaysia Autoshow di MAEPS Serdang untuk pandu uji kedua-dua kenderaan elektrik ini.

Komen