Tidak dapat dinafikan, hari ini semakin banyak pilihan telefon pintar yang ada di pasaran. Setiap model mempunyai fokus yang berbeza seperti kemampuan bermain permua, rekabentuk yang menarik, kualiti kamera dan ada juga yang sesuai untuk kegunaan harian dengan bateri yang tahan lama. Namun, memilih telefon yang sesuai boleh menjadi suatu perkara yang merunsingkan pengguna.
Inilah sebabnya iQOO hadir dengan peranti terbaru mereka iaitu iQOO Z9. Dengan iQOO Z9, anda tidak perlu lagi pening kepala kerana terdapat hampir semua kelebihan yang diinginkan dalam satu peranti yang serba serbi canggih. Ini kerana anda mempunyai kebebasan untuk menggunakan pelbagai fungsi dan kelebihan peranti ini yang sesuai dengan keperluan tanpa perlu kompromikan mana-mana fungsi yang lain. Tentu anda tertanya-tanya, mengapa peranti ini mampu menjadi pilihan yang sesuai buat anda? Tanpa berlengah masa lagi, akan kami rungkaikan satu demi satu melalui artikel ini.
Cip Pemprosesan Yang Seronok Digunakan Untuk Permua Yang Lancar
Bagi sebuah peranti yang digunakan untuk bermain permua, tentulah cip pemprosesan memainkan peranan yang penting. Ini kerana cip pemprosesan memastikan kesemua komponen dalam telefon pintar dapat beroperasi dengan lebih efisien.
Itulah sebabnya, iQOO Z9 ini dibina dengan cip pemprosesan Snapdragon 7 Gen 3 yang menggunakan teknologi 4nm, dimana ia memberikan peningkatan CPU sehingga 15% dan peningkatan GPU sehingga 50%. Ini sedikit sebanyak dapat menjadikan prestasi peranti lebih berkuasa apabila bermain permua. Jadi memadailah dengan kelas peranti ini dan harga yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, cip ini juga menyokong resolusi paparan 4K pada kadar segar semula 60Hz atau FHD+ sehingga 168Hz. Buat pengetahuan anda, kadar segar semula ini sudah pun cukup memadai untuk sebuah telefon pintar bagi bermain permua.
Tidak terhenti di situ sahaja, cip ini juga mempunyai ciri Snapdragon Elite Gaming. Salah satu ciri yang termasuk adalah Snapdragon Game Super Resolution, dimana ia mampu menambah baik pengalaman bermain permua dan memberikan jangka hayat bateri yang lebih tahan lama. Qualcomm Game Quick Touch juga merupakan salah satu ciri yang ada bagi cip pemprosesan Snapdragon 7 Gen 3. Dimana ia mampu menjadikan kadar masa pendam (latency) yang lebih rendah. Jadi, anda tidak perlu risau lagi dengan masalah peranti tersekat-sekat semasa bermain permua.
Bateri Berkapasiti Besar Untuk Bermain Permua Seharian
Jika anda gemar bermain permua, tentu anda pernah mengalami situasi dimana peranti secara tiba-tiba terpadam kerana bateri habis di saat kita dalam permainan yang sengit. Ia membuatkan kita terasa seperti kehilangan momentum semasa bermain. Malah ia boleh menimbulkan rasa stress sedangkan bermain permua sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Itulah sebabnya mengapa penting untuk sebuah peranti mempunyai kapasiti bateri yang cukup besar untuk kita bermain permua.
Dengan iQOO Z9, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6000mAh. Jika kapasiti bateri telah habis digunakan selepas seharian bermain permua, anda boleh membuat pengecasan melalui pengecasan pantas 80W. Melalui pengecasan pantas 80W ini, peranti tidak mengambil masa yang lama untuk mengecas. Jadi, anda boleh membuat kerja-kerja lain sementara menunggu peranti mengecas.
Skrin Resolusi Tinggi Yang Melindungi Mata Anda
Tentu ada dikalangan anda yang gemar bermain permua dalam satu tempoh yang sangat lama. Oleh sebab itu, peranti yang digunakan mestilah mempunyai skrin yang selesa dan dapat melindungi mata anda. Ini supaya mata anda dilindungi tak tidak akan menghadapi dengan risiko apa-apa penyakit mata. Bagi rekabentuk skrin pula, iQOO Z9 juga turut dilengkapi dengan sistem visual yang cukup imersif, dilengkapkan dengan skrin resolusi 1.5k yang menyokong kadar segar semula 144Hz AMOLED FHD dan bersaiz 6.78 inci. Melaluinya, ia dapat melindungi mata dan memberikan tontonan yang lancar dan jelas apabila bermain permua.
iQOO Z9 ini turut dibina dengan sistem penyejukan peranti mereka sendiri bagi memberikan daya penyejukkan kepada peranti apabila bermain permua dalam jangka masa yang lama. Tak berhenti di situ saja, 4D Game Vibration juga turut tersedia khas untuk permua Genshin Impact untuk memberi ruang kepada anda dalam menikmati pengalaman bermain permua yang terbaik. Dari segi audio pula, peranti ini didatangkan dengan Dual Stereo Speaker yang menyediakan kualiti audio lebih baik. Pendeka kata, rekabentuk iQOO Z9 ini mampu memberikan pengalaman penggunaan yang baik dari segi visual dan juga audio.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa iQOO Z9 ini sememangnya peranti yang berbaloi untuk didapatkan terutamanya jika anda mencari peranti yang sesuai untuk bermain permua. Dengan prestasi peranti yang memuaskan, kapasiti bateri yang cukup besar untuk bermain permua seharian dan juga rekabentuk yang minimalis. Ia menjadi antara sebab-sebab yang patut anda pertimbangkan.
Jika anda berminat untuk dapatkan iQOO Z9, ia dijual pada harga bermula RM1,399 dengan dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Breeze Green. Melalui pembelian ini, anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM169. Jika anda mencari peranti untuk bajet bawah RM1,200, iQOO Z9x dijual pada harga bermula RM999. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM187. Jadi, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan iQOO Z9 dan iQOO Z9x sekarang di laman web rasmi, untuk rasai sendiri pengalaman bermain permua yang lebih menyeronokkan.
Penafian : Advertorial daripada iQOO Malaysia