Carian
Touch n Go eWallet Kini Memudahkan Pengguna Melihat Perbelanjaan Melalui Carta Aliran Wang
May 21, 2024 Aman

Touch n Go eWallet kini mengemaskini halaman transaksi pada aplikasi dompet digital berkenaan, mengintegrasikan sokongan untuk melihat perbelanjaan pengguna dengan lebih mudah lagi.

Melalui kemaskini ini, ia memaparkan sebuah carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat kemanakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori seperti untuk pengangkutan, belanja di kedai dan sebagainya. Ini juga akan memudahkan lagi pengurusan kewangan anda, dan mengurangkan belanja pada sesuatu kategori sekiranya diperlukan.

Selain itu, paparan baharu ini juga turut memperlihatkan wang masuk dan juga keluar akaun pada dompet digital berkenaan. Pengguna juga diperlihatkan perbelanjaan purata harian pada bahagian tengah carta berkenaan.

Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperignkat kepada semua, dan boleh diakses melalui halaman transaksi pada dompet digital Touch n Go eWallet.

Komen