Carian
Magic V Flip Akan Mempunyai Skrin Luar Terbesar Pada Telefon Lipat Jenis Flip
May 21, 2024 Effi Saharudin

Jualan telefon skrin lipat jenis Flip adalah lebih tinggi berbanding jenis Fold sejak ia ditawarkan ke pasaran lima tahun lalu. Saiznya yang lebih kompak memudahkan ia digunakan dibantu oleh tubuh lebih ringan. Tetapi kekurangan peranti Flip ialah skrin luar yang kecil. Imej pengolokan Honor Magic V Flip telah tertiris hari ini dan ia akan mempunyai skrin luar terbesar pernah digunakan peranti jenis ini.

Hampir kesemua panel luar adalah skrin kecuali pada bahagian bonggol kamera. Yang menarik di sini ialah penggunaan bezel nipis jika dibandingkan dengan Z Flip5 tahun lalu. Magic V Flip akan menjadi peranti jenis Flip pertama keluaran Honor. Ia dijangka dilancarkan dalam masa terdekat. Spesifikasinya juga masih lagi misteri tetapi tidak mengejutkan jika ia juga dalam kelas mercu.

Komen