Carian
Lenovo Yoga Slim 7x Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon X Elite
May 21, 2024 Amy Maizuraa

Pada hari ini kita telah menyaksikan pengenalan barisan komputer riba Microsoft Copilot+ baharu daripada pelbagai pengeluar. Nampaknya Lenovo turut tidak ketinggalan melakukan hal yang serupa melalui pengenalan Yoga Slim 7x. Sekaligus menjadi antara komputer riba terawal Lenovo yang dikuasai oleh pemprosesan Qualcomm Snapdragon X Elite.

Ia kemudiannya dipadankan dengan pilihan memori sehingga 32GB LPDDR5X RAM yang berjalan pada 8448MHz. Storan pula sehingga 1TB PCIe 4.0 M.2-2242 SSD bersama kapasiti bateri 70Wh yang menjadi pelengkap. Seterusnya skrin sesentuh 14.5″ OLED 3K digunakan juga melepasi piawaian VESA DisplayHDR 600 dengan kecerahan puncak mencapai 1000nits. Selain turut menyokong kadar segar semula 90Hz.

Terdapat juga sambungan terkini bluetooth 5.3 dan Wi-Fi 7 yang disokong pada peranti. Diikuti dengan tiga port USB-C (40Gbps, PD 3.1, DP 1.4) yang boleh ditemui di kedua-dua belah sisi komputer riba. Kesemua ciri disebutkan telah dimuatkan ke dalam sebuah tubuh dengan berat 1.29kg dan ketebalan 12.9mm.

Komen