Kerajaan negeri Selangor kini berkongsi yang yakin akan mencapai kadar liputan 5G sehingga 80% di kawasan perindustrian menjelang penghujung tahun 2024 ini. Langkah ini juga dijangka membantu ekonomi pelbagai syarikat dalam terus meningkatkan kadar keupayaan dan keefektifan perniagaan.
Kerajaan Selangor juga turut menyatakan mereka bukan memfokuskan dalam meningkatkan kadar kawasan liputan, tetapi lebih kepada memfokuskan kepada kualiti capaian 5G tersebut sendiri untuk tujuan perindustrian. Seperti ramai sedia maklum, rangkaian 5G sendiri sedia menyasarkan pengguna perindustrian dengan sokongan kadar pendam yang rendah.
Selain sasaran di kawasan perindustrian, selepas ini kerajaan negeri Selangor menyasarkan untuk turut meningkatkan akses rangkaian 5G di sejumlah lokasi strategik, termasuk seperti pendidikan dan juga kawasan komersil.