Carian
Microsoft Edge Akan Menyertakan Ciri Terjemahan Dan Alih Suara Video Masa-Nyata
May 21, 2024 Aman

Microsoft sedia memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan pada pelbagai produk dibawah mereka. Menariknya hari ini, Microsoft turut mengumumkan integrasi ciri kecerdasan buatan pada Microsoft Edge.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan terjemahan dan alih suara video secara masa-nyata – terus melalui pelayar web. Microsoft akan menyokong sokongan alih-suara masa-nyata ini di beberapa web, termasuk di YouTube, LinkedIn, Reuters, CNBC News, Bloomberg dan juga Coursera. Sokongan terjemahan ini akan membolehkan terjemahan video bahasa Inggeris kepada Jerman, Hindi, Itali, Rusia, dan juga Sepanyol. Selain itu, alih-suara ini juga menyokong dari bahasa Sepanyol dan Korea ke bahasa Inggeris.

Ini boleh dikatakan agak menarik kerana diintegrasikan terus pada pelayar web Microsoft Edge, dan bukannya memerlukan perisian tambahan untuk menggunakannya. Ciri baharu ini akan hadir pada Microsoft Edge tidak lama lagi.

Komen