Carian
Honor Akan Sertakan Google Gemini Dan Imagen 2 Pada Telefon Pintar Akan Datang
May 22, 2024 Aman

Honor kini menjadi antara pengeluar peranti terawal yang mengatakan secara rasmi, akan menyertakan sokongan pembantu Google Gemini pada peranti akan datang mereka. Selain itu, Honor juga akan menyertakan Imagen 2, iaitu sokongan penjanaan gambar berasaskan teks ke peranti mereka.

Langkah ini selari dengan pelbagai pengeluar peranti yang kini berlumba untuk menyertakan sokongan kecerdasan buatan secara terbina pada peranti masing-masing. Sebelum ini, Samsung telah menjadi terawal mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan janaan pada Galaxy S24, sekaligus membolehkan pengguna menulis dengan lebih baik mengikut tema, memperbaiki gambar, membuat terjemahan suara ketika panggilan, dan beberapa yang lain.

Buat masa ini, Honor tidak memaklumkan berkenaan model telefon pertama yang akan menerimanya. Dengan pengumuman ini juga, ia meletakkan Honor antara syarikat yang komited untuk integrasi kecerdasan buatan pada peranti mereka, selain Samsung dan juga Apple.

Komen