Carian
TikTok Dilaporkan Akan Mengurangkan Sekitar 1000 Orang Pekerja
May 22, 2024 Aman

TikTok kini dilaporkan akan mengurangkan sejumlah besar pekerja pada syarikat mereka. Mengikut laporan awal oleh TheInformation, TikTok dijangka akan mengurangkan sekitar 1000 orang pekerja.

Ia dikatakan akan melibatkan pekerja global TikTok, termasuk melibatkan bahagian operasi, kandungan dan juga pemasaran. Sebab disebalik pengurangan pekerja ini tidak diketahui.

Untuk makluman, ini bukan kali pertama TikTok mengurangkan pekerja mereka. Sebelum ini, pada awal 2024, TikTok turut mengurangkan beberapa puluh pekerja daripada bahagian pengiklanan dan jualan.

Komen