Carian
Syarikat Telekomunikasi Diberi 20 Hari Untuk Muktamadkan Proses Pegangan Ekuiti Pada DNB
May 23, 2024 Aman

Menteri Komunikasi kini memaklumkan syarikat telekomunikasi diberikan tempoh masa selama 20 hari lagi untuk memuktamadkan proses pegangan ekuiti pada Digital Nasional Berhad (DNB). Ia ditekankan yang mana proses ini adalah sebahagian daripada syarat wajib sekiranya ingin terbabit dalam rangkaian kedua 5G.

Sebelum ini, ia telah dimaklumkan yang mana rangkaian kedua 5G akan dibangunkan selepas DNB mencapai tahap liputan 80%. Namun, nampaknya beberapa proses membuatkan perkara berkenaan tertangguh – termasuk proses pegangan ekuiti pada DNB sedia ada.

Berkongsi lanjut, setakat 30 April 2024 lepas, kadar liputan 5G di Malaysia telah menacpai 81.5% kawasan berpenduduk, sementara penerimagunaannya telah mencapai kadar 39.2%.

Komen