Carian
MyDigital ID Kini Boleh Didaftar Melalui 250 Cawangan Tealive Seluruh Negara
May 23, 2024 Aman

Kerajaan kini memudahkan lagi proses mendaftar identiti digital kebangsaan atau MyDigital ID. Melalui kerjasama terbaru, MyDigital ID kini boleh didaftar di lebih 250 cawangan Tealive di seluruh negara.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mendaftar di cawangan Tealive sekitar Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan juga Putrajaya.

MyDigital ID merupakan penawaran identiti digital yang kini boleh digunakan pada beberapa platform kerajaan, dan dijangka diperluaskan ke perkhidmatan lain. Dengannya, pengguna hanya perlu melakukan pendaftaran sekali sahaja pada aplikasi, dan untuk mengakses perkhidmatan hanya perlu lakukan imbasan kod QR, dan boleh log masuk atau daftar secara automatik dengan pantas.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran MyDIgital ID melalui cawangan Tealive seluruh negara bermula hari ini.

Komen