Carian
Cap Jari dan Penyodok Antara Emoji Baharu Diumumkan Untuk Tahun 2024
May 23, 2024 Effi Saharudin

Senarai tujuh emoji baharu yang akan diperkenalkan tahun ini telah dikongsi oleh Unicode Consortium. Senarai Unicode 16 kelak akan memperkenalkan emoji cap jari, penyodok, pokok tanpa daun, percikan cat, kecapi, sayur berakar dan emoji dengan bengkak di bawah mata.

Kesemua emoji ini memasuki tahap beta dengan pengesahan akhir akan diumumkan pada September depan. Pengguna peranti pintar bakal melihat sokongan emoji-emoji baharu ini menerusi kemas kini iOS 18 dan Android 15 yang diberikan pada penghujung tahun.

Tidak seperti beberapa tahun yang lalu, jumlah emoji baharu yang diperkenalkan setiap tahun semakin berkurangan. Ini kerana mengikut piawaian Unicode 15, terdapat 3,782 emoji kesemuanya. Beberapa tahun lalu Unicode turut berhenti menawarkan bendera baharu untuk menyokong kumpulan tertentu.

Komen