Bank digital AEON Bank kini dilihat telah aktif, sekaligus membolehkan para pengguna untuk memuat-turun dan mendaftar akaun menggunakannya.
AEON Bank merupakan bank digital Islam pertama di Malaysia, menjadikan ia patuh syariah. Bank digital ini juga menawarkan pulangan sebanyak 3.88% pa untuk simpanan melaluinya. Menariknya juga adalah AEON Bank menawarkan pemberian mata ganjaran AEON Points untuk penggunaan dan pembayaran menggunakan dompet digital berkenaan, dan mata ganjaran berkenaan boleh ditukarkan kepada wang simpanan.

Menggunakan tema berwarna merah jambu serta maskot kucing, AEON Bank juga turut menawarkan kad fizikal utnuk digunakan di pelbagai kedai seluruh negara. AEON bekerjasama dengan Visa untuk tujuan ini, dan setiap permohonan kad fizikal akan dihantar terus ke rumah pengguna.
AEON Bank juga turut menyertakan carta perbelanjaan pada halaman utama, memudahkan pengguna untuk melihat bagaimana mereka membelanjakan wang simpanan mereka. Disamping itu, pengguna turut boleh membuka “poket” untuk melakukan simpanan spesifik.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun AEON Bank di Android dan iPhone, dan mendaftar akaun anda terus melaluinya.