Dikemaskini – Semua perkhidmatan telah kembali pulih pada jam 8.11 malam tadi. Walaubagaimanapun pelanggan masih belum boleh melihat maklumat kad pada ketika ini.
Perkhidmatan Maybank2u, Mayba2u Biz dan MAE sedang mengalami gangguan pada ketika ini. Akaun media sosial secara rasmi Maybank turut mengesahkan gangguan turut akan menyebabkan urusan perbankan menggunakan kad debit juga tergendala. Ketika artikel ditulis perkhidmatan yang terganggu masih belum kembali pulih.
Pihak Maybank mengatakan, mereka sedang dalam usaha mengembalikan semua perkhidmatan yang tergendala secepat mungkin. Kepada pelanggan Maybank, satu-satunya perkhidmatan yang masih beroperasi pada ketika ini ialah kad kredit dan mesin ATM sahaja.
Ini merupakan gangguan perkhidmatan kedua yang melibatkan institusi perbankan utama tempatan dalam tempoh seminggu. Dalam kita sedang mengejar dunia nirtunai, gangguan seperti ini akan mendatangkan masalah besar yang tidak seharusnya berlaku.