Carian
Vivo Y100 5G Kini Boleh Didapati Dalam Warna Jingga Dan Berharga RM1,199
May 23, 2024 Amy Maizuraa

Rona warna jingga sering dikaitkan dengan identiti menonjol dan memberi impak pada penampilan. Ia juga hebat sehinggakan mampu membangkitkan pelbagai emosi jika dibandingkan warna lain. Pada hari ini Vivo telah menambah warna baharu yang serupa dinamakan sebagai Orange Leather untuk peranti Y100 5G.

Ia masih mengekalkan panel belakang berasaskan kulit untuk pengalaman lebih premium dan bebas daripada kotoran cap jari. Bahagian yang sama juga diseimbangkan dengan reka corak potongan serta garisan kemas yang menjadikan sesiapa sahaja kelihatan menarik bila memilikinya. Tiada perubahah spefifikasi dibuat malahan keseluruhannya serupa dengan model sedia ada.

Vivo Y100 5G dilengkapi skrin AMOLED FHD+ 6.67″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2, memori 8GB RAM, dan storan 256GB untuk tunjang utama. Diikuti juga sokongan kamera utama 50MP (utama) + 8MP (ultra lebar) dan swafoto sebesar 8MP. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 80W. Sistem operasi digunakan adalah FunTouchOS 14 berasaskan Android 14.

Komen