Carian
Bytedance Membatalkan Perancangan Untuk Menjual Moonton, Penerbit Mobile Legends : Bang Bang
May 23, 2024 Aman

Moonton merupakan salah satu permainan video yang turut dimiliki oleh Bytedance, iaitu syarikat induk disebalik TikTok. Selepas pelbagai laporan mengatakan Bytedance sedang melihat untuk menjual perniagaan permainan video mereka, kini pihak Bytedance dilihat menukar strategi mereka.

Terbaru, Bytedance telah melantik CEO baharu untuk menerajui Moonton – iaitu Zhang Yunfan.  Zhang sebelum ini bekerja di Perfect World, salah satu perniagaan penerbitan permainan video di Beijing, yang turut menerbitkan Dota2 di China.

Pelantikan ini juga turut memperlihatkan Bytedance tidak akan menjual Moonton, dan melakukan beberapa perubahan strategi pada syarikat berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sepenuhnya perancangan pihak Bytedance melalui Moonton, dan apakah sasaran mereka dalam arena permainan video. Sebelum ini, mereka telah menjual beberapa tajuk permainan dibawah mereka kepada pihak Tencent, dan mengecilkan skop perniagaan permainan video mereka.

Komen