Carian
Malaysia4Palestine –  Siaran Khas 24 Jam Pada 25 Mei 2024, Memfokuskan Krisis Kemanusian Di Palestin
May 24, 2024 Aman

Syarikat penyiaran dan sejumlah personaliti tempatan kini bergabung tenaga dalam usaha memberikan fokus terhadap krisis kemanusian yang berlaku di Palestin. Melaluinya, sebuah saluran sementara akan bersiaran selama 24 jam pada 25 Mei 2024 ini.

Saluran berkenaan akan mengentengahkan pelbagai informasi, wawancara, dan dokumentari yang memperlihatkan nasib rakyat Palestin. Pada masa yang sama, ia juga akan mengetengahkan krisis kemanusian yang berlarutan di negara tersebut – dan memberikan lebih informasi kepada para penonton.

Para pengguna boleh mengikuti siaran ini melalui RTMKlik, Astro GO melalui saluran Astro 111 dan juga melalui Sooka secara percuma, tanpa sebarang caj tambahan. Saluran ini akan bersiaran bermula 12 tengah hari, 25 Mei 2024.

Komen