Cari @ Amanz

Google Play Store Kini Membolehkan Anda Menetapkan Harga Jualan Aplikasi Sehingga RM4,800

Oleh Aman

Link Copied!

Google sedia membolehkan para pembangun seluruh dunia menawarkan aplikasi secara berbayar melalui kedai aplikasi Google Play Store. Hari ini, Google mengemaskini had harga jualan untuk aplikasi, sekaligus meningkatkan nilai penawaran daripada had sebelum ini.

Mengikut carta terkini, Google Play Store membolehkan pembangun menetapkan harga antara RM0.30 sehingga RM4,800. Ia memperlihatkan peningkatan lebih sekali ganda berbanding sebelum ini.

Peningkatan ini sekaligus akan membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti-tinggi ditawarkan – termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.

Untuk matawang US pula, Google Play Store membolehkan penawaran harga aplikasi sehingga $999.99.


Komen ()