Carian
Google Password Manager Kini Memudahkan Perkongsian Kata Laluan Dengan Ahli Keluarga
May 24, 2024 Effi Saharudin

Siapa diantara pembaca Amanz yang berkongsi kata laluan perkhidmatan penstriman dengan ahli keluarga? Saya yakin ramai yang melakukannya kerana ia adalah satu langkah penjimatan. Proses berkongsi boleh dilakukan dengan menghantar mesej tetapi jika kata laluan ditukar, ahli keluarga mungkin tidak tahu ia telah dilakukan oleh anda.

Google Password Manager telah dikemaskini dengan ia kini membenarkan perkongsian kata laluan dengan ahli Family Group menurut laporan Android Authority. Dengan ciri ini, anda boleh berkongsi kata laluan dengan semua ahli Family Group anda.

Sebarang pertukaran kata laluan akan dikemaskini secara masa nyata kepada semua. Ahli keluarga juga tidak perlu tahu kata laluan kerana Google Password Manager mereka akan mengisi medan kata laluan dalam aplikasi secara automatik.

Ciri ini diaktifkan selepas Google Play Services dikemas kini ke versi v24.20 yang baru sahaja diberikan. Sekiranya anda belum menggunakan ciri Family Group kami sarankan ia digunakan keran ia membolehkan ibu bapa mengawal aktiviti digital anak dan juga memudahkan anda menjadi pengurus peranti milik orang tua anda sendiri.

Komen