Canva memudahkan proses menghasilkan kerja di pejabat walaupun anda tidak mempunyai latar belakang seni rekaan. Pada peringkat awal Canva menyasarkan penggunaan di kalangan perniagaan kecil sederhana yang memerlukan bantuan untuk mereka kandungan media sosial dan pengiklanan. Pagi ini mereka menawarkan pula Canva Enterprise yang menyasarkan organisasi yang lebih besar.

Canva Enterprises ialah sebuah lagi pelan langganan dengan ciri yang akan memudahkan kerja dilakukan secara berkumpulan dalam organisasi lebih besar. Ia direka untuk syarikat dengan lebih 100 pekerja tidak seperti pelan Canva Teams sedia ada.

Menerusinya pengurusan aset pengiklanan, dokumen garis panduan, dan penyeragaman mesej syarikat boleh dilakukan dengan lebih mudah. Kesemua ahli dalam Canva Enterprise boleh mengakses aset yang sama secara serenta mengelakkan masa terbuang disebabkan kesilapan dalam penggunaan logo baharu misalnya.

Seterusnya pula ialah Work Kit yang memberikan templat tersedia untuk beberapa tugasan. Pada peringkat awal Work Kit yang ditawarkan ialah Sales, Marketing, Creative dan Human Resource. Setiap kit akan mengandungi elemen-elemen yang diperlukan untuk menghasilkan karya yang diperlukan pengguna dengan pantas.
Selain itu Canva juga mengemaskini antaramuka supaya lebih mudah mencari alat-alat yang diperlukan. Sistem AI juga tidak lupa diperkenalkan seperti menggunakan kandungan yang pernah dihasilkan sebelum ini sebagai templat untuk mengubah tona kandungan baharu yang sedang ditulis. Dengan ini mesej yang lebih konsisten dengan jenama boleh dihasilkan semudah menekan satu butang.
Terdapat banyak lagi ciri baharu diperkenalkan dan jika anda berminat sila baca pengumuman penuh menerusi pautan di bawah.