Carian
Siri HUAWEI Pura70 – ‘Raja’ Kamera Baharu DXOMark
May 24, 2024 Amy Maizuraa

Untuk anda yang mempunyai perancangan mahu bertukar ke rangkaian telefon pintar terbaru HUAWEI, nampaknya anda sedang membaca artikel yang betul. Baru-baru ini HUAWEI telah melancarkan bukan satu tetapi tiga telefon pintar baharu di Malaysia melalui HUAWEI Pura70, HUAWEI Pura 70 Pro dan HUAWEI Pura70 Ultra. Kesemua telefon pintar itu menawarkan teknologi canggih yang menyokong kreativiti dan produktiviti pengguna di samping keupayaan kamera luar biasa yang selayaknya digelar sebagai ‘raja’.

Khususnya untuk versi HUAWEI Pura70 Ultra yang menduduki tangga pertama dalam carta DXOMark untuk fotografi mudah alih. Malahan turut dipuji kerana mempunyai ketepatan warna luar biasa bersama sistem autofokus yang pantas – sekaligus menetapkan penanda aras baharu untuk segmen telefon pintar mudah alih. Anda buntu kerana tidak tahu mana satu variasi yang sesuai, atau apa pula penawaran pada kesemua telefon pintar baharu ini? Jangan bimbang kerana artikel ini akan membantu anda. 


HUAWEI Pura70 Ultra – Gabungan Fungsi Hebat

Kalau anda dalam kategori yang suka rekaan unik dalam sentuhan moden, kemudian digabungkan dengan sistem kamera canggih dan bateri yang besar. HUAWEI Pura70 Ultra sememangnya sesuai kerana ciri khas pada kali ini bukan sahaja terletak pada seni pembikinan semata. Malahan turut menjanjikan keupayaan perkakasan dalaman yang keseluruhannya cukup baik. 

Melalui rekaan yang memukau, ia telah menghasilkan telefon pintar berkualiti sesuai dengan kehendak serta keperluan pengguna moden. Hadir dalam beberapa warna sama ada lembut dan terang, setiap satu daripadanya menampilkan kelainan dengan aura mewah bersahaja. Misalnya seperti HUAWEI Pura70 Ultra dalam warna Green yang menggabungkan kemasan kulit vegan bertekstur bersama gaya potongan berlian. Gabungan tubuh dengan rekaan yang sepenuhnya melengkung juga menjadikan telefon pintar itu mampu mencipta kelainan bagi memastikannya tidak klise. Ini kerana ia kelihatan lebih menonjol sekaligus menyerikan apa sahaja padanan gaya. 

HUAWEI juga memberikan saiz skrin yang baik sebesar 6.8-inch LTPO OLED QHD+ bersama kadar segar semula 120Hz dan kecerahan mencapai 2,500 nits. Ini bermakna kualiti paparan yang terang bersama penghasilan warna yang tepat pastinya boleh dinikmati sekaligus menjadikannya serba boleh untuk menonton video, bermain permua dan lain-lain. Kelebihan skrin yang besar sebegini juga jelas menunjukkan HUAWEI mahu mengutamakan kepada kepuasan pengguna.

Perlu juga dinyatakan bahawa HUAWEI Pura70 Ultra merupakan satu-satunya model dalam barisan ini dengan sokongan Ultra Lighting Pop-out Camera yang bermaksud lensa kamera akan keluar apabila digunakan, dan masuk semula sewaktu tidak digunakan. Ia memuatkan sensor kamera 1″ 50MP yang nipis bersama keupayaan aperture berubah-ubah untuk pengalaman fotografi mudah alih yang unik. HUAWEI Pura70 Ultra juga menawarkan pelbagai jenis sensor lain yang termasuk 40MP untuk gambar ultra-lebar dengan panjang fokus 13mm dan autofokus yang cepat. Kemudian 50MP telefoto dengan beberapa fungsi menarik. 

Pertama ialah telefoto dengan zum optikal 3.5X dan digital 100X. Ia juga menyokong julat zum sehingga 200X dengan teknologi XD Fusion Pro Engineuntuk perincian yang jelas walaupun diambil pada jarak yang sangat jauh. Dibantu dengan sensor spektrum 10 saluran sudah tentunya gambar bertahap professional juga boleh dihasilkan termasuk dalam persekitaran yang mencabar. Seterusnya sensor telefoto tadi juga boleh digunakan untuk tangkapan gambar makro dengan jarak fokus minimum 5cm dan zum makro sehingga 35X. Ini bermakna anda boleh mengambil butiran yang menakjubkan dari jarak hanya 5cm jauhnya dan tidak mengira apa juga keadaan sekalipun. Lebih mengagumkan kesemua kamera ini menggunakan sistem XMAGE buatan HUAWEI sendiri yang menjadikan telefon pintar ini mampu menawarkan pengalaman fotografi lebih mantap. 

Baiklah sokongan sensor besar tadi hanyalah sebahagian kecil daripada tumpuan utama yang telah dinyatakan. Sebenarnya ada yang lagi menarik misalnya anda boleh mengambil gambar subjek yang bergerak laju dengan fungsi Ultra Speed Snapshot pada telefon pintar ini. Ciri ini menggunakan gabungan algoritma pengesanan gerakan dan autofokus yang pantas, sekaligus membolehkan kamera mengunci subjek yang bergerak pantas serta mengambil gambar tepat pada waktunya. Sama ada anda cuba mengambil gambar orang melambai, kanak-kanak berlari, kucing melompat, kereta yang sedang bergerak laju atau mana-mana pemandangan yang cantik. Terpulang kerana HUAWEI Pura70 Ultra sememangnya boleh mengambil gambar subjek yang bergerak pantas dengan butiran cukup terperinci. 

Bagi anda yang gemar mengambil subjek pada jarak yang dekat pula, jangan bimbang kerana HUAWEI Pura70 Ultra juga telah direka khusus untuknya. Melalui fungsi  Ultra Lighting Macro Telephoto Camera, anda boleh mengambil gambar makro dengan terperinci dengan jarak hanya 5cm jauhnya, beserta zum makro mencapai 35X. Jadi bolehlah anda menghargai ‘dunia kecil’ di sekeliling denga melihat sesuatu daripada perspektif yang berbeza. Sebagai contoh anda mungkin tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa duit syiling apabila dilihat dengan dekat? Gunakan sahaja fungsi ini dan hasilnya pasti mempunyai perincian yang pastinya sukar dilihat dengan mata kasar manusia. 

Perincian kelopak bunga sewaktu dizum dengan dekat.
Perincian batang pokok apabila zum dengan dekat.

Tidak ketinggalan HUAWEI juga meningkatkan kemampuan fotografi potret pada siri kali ini untuk hasil lebih terbaik. Gabungan auto fokus yang pantas bersama kemampuan aperture berubah-ubah memberi kebebasan kepada anda untuk mengambil gambar portrait yang luar biasa. Kamera lebih bijak menyesuaikan cahaya, bayang-bayang dan tona warna kulit untuk hasil yang lebih realistik. Bokeh juga nampak semula jadi, kemudian subjek pula mampu dipisahkan dari latar belakang dengan baik sambil mengekalkan fokus yang tajam. 

Dengan HUAWEI Pura70 Ultra juga anda boleh mengharapkan penggunaan sepanjang hari melalui bateri berkapasiti 5200mAh yang besar. Lebih menarik lagi apabila ia boleh dicas semula  dengan cepat melalui teknologi 100W HUAWEI SuperCharge,  80W Wireless HUAWEI SuperCharge dan 20W Reverse Charging


HUAWEI Pura70 Pro – Perincian Fungsi Cukup Baik

Seterusnya kalau anda dalam kategori yang suka gabungan konsep moden dan minimalis, berserta sistem kamera cukup baik. HUAWEI Pura70 Pro sememangnya diciptakan untuk anda. Sehingga tiga pilihan warna yang menghiasi segenap sudut tubuh telefon pintar ini sekaligus boleh disesuaikan dengan mudah dalam setiap gaya. 

Secara umum boleh dikatakan bahawa HUAWEI Pura70 Pro merupakan varian lebih mampu milik dalam barisan telefon pintar baru HUAWEI. Namun menariknya HUAWEI Pura70 Pro masih mampu mengekalkan sebahagian besar ciri utama seperti versi Ultra. Misalnya seperti skrin bersaiz besar 6.8-inch diberikan seterusnya membolehkan paparan kandungan nampak lebih luas dan seronok untuk digunakan. Lebih mengagumkan apabila skrin juga menyokong panel sejenis LTPO OLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz untuk memberikan pengalaman visual yang lancar. Sama seperti versi Ultra tadi, inovasi sebenar telefon pintar ini terletak pada sistem kamera yang serba boleh. 

Kamera utamanya sebesar 50 MP dengan aperture berubah-ubah (f/1.4 – f/4.0)  tetapi bukanlah sejenis Ultra Lighting Pop-Out Camera seperti variasi Ultra. Ia juga digabungkan dengan enjin pemrosesan HUAWEI XD Motion Engine untuk hasil yang cukup menakjubkan bersama kualiti gambar pada sisi terbaik dalam pelbagai senario. Kemudian anda juga boleh temui sensor telefoto 40MP OIS dengan kemampuan zum optikal 5X dan digital sehingga 100X, di samping sensor ultra-lebar sebesar 12.5MP

Justeru kalau anda kagum dengan kamera HUAWEI P60 tahun lalu, sebenarnya prestasi yang sama turut boleh dialami menerusi HUAWEI Pura70 Pro ini. Sebab apa? Sebab HUAWEI Pura70 Pro boleh mengambil gambar yang tajam dengan penghasilan semula warna yang tepat. Prestasi kamera juga cemerlang dalam pencahayaan rendah melalui teknik pengurangan hingar yang canggih. Untuk memberi lebih idea kepada anda, kamera HUAWEI Pura70 Pro juga menawarkan fungsi Ultra Speed Snapshot canggih yang sama seperti variasi Ultra beberapa perenggan atas. Prestasinya juga mengagumkan dengan kebolehan mengambil gambar subjek bergerak laju bersama hasil yang bebas kabur. 

Gabungan tubuh yang sepenuhnya melengkung turut menjadi pilihan HUAWEI pada Pura70 Pro dan mampu menambahkan lagi rasa yang premium sewaktu dipegang. Kamera juga kekal sebesar 13MP yang diletakkan dalam lubang kecil di bahagian tengah skrin hadapan. Jangan bimbang soal bateri kerana boleh dicas dengan pantas secara berwayar 100W, nirwayar 80W dan berbalik 20W.


HUAWEI Pura70  – Kompak Dan Praktikal

Jika melihat kepada ketiga-tiga variasi ditawarkan hanya HUAWEI Pura70 sahaja mempunyai saiz yang kompak dan praktikal. Malahan turut sesuai bagi anda yang mahukan telefon pintar baharu Pura dengan bajet di bawah RM4000. Menerusi gabungan tubuh berkotak dan saiz skrin 6.6-inci, ia tentulah lebih praktikal untuk kegunaan harian. Turut menarik perhatian adalah sokongan panel LTPO OLED 120Hz yang menjadikannya menarik dan serba boleh digunakan untuk menonton kandungan video serta bermain permua.

Bonggol kamera HUAWEI Pura70 juga berbentuk segi tiga yang serupa dengan versi Pro dengan tiga kamera utama. Ianya dilengkapi teknologi Ultra Lighting XMAGE Camera Imaging System dengan tetapan 50MP utama, 13MP ultra-lebar dan telefoto 12MP. Dengan OIS pula sudah tentunya  anda tidak perlu risau tentang masalah gambar kabur malahan boleh sahaja diambil dengan hasil pada sisi terbaik sama seperti versi Pro dan Ultra.

Apabila bercakap mengenai bateri, Pura 70 menggunakan bateri 4900mAh  dengan kebolehan pengecasan pantas secara berwayar dan nirwayar. Terdapat juga pengecasan berbalik ditawarkan untuk pengalaman lebih baik.


Tahan Lasak Dan Berkuasa 

Bahagian menarik lain yang anda perlu tahu ialah kesemua telefon pintar HUAWEI ini dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua yang 20X lebih tahan lasak. Cuma kelebihan sudah tentunya pada HUAWEI Pura70 Ultra yang menggunakan Crystal Armor Kunlun Glass yang menurut HUAWEI 300% lebih tahan lasak berbanding kaca kunlun biasa. 

Selain itu kesemuanya juga menyokong ciri Smart Scan With Touch n Go eWallet untuk pembayaran nirtunai yang lebih mudah. Ini bermakna anda tidak perlu bersusah payah membuka aplikasi untuk tujuan imbasan. Sebaliknya hanya tap sebanyak dua kali di belakang telefon pintar dan ciri berkenaan boleh mengesan kod QR secara automatik untuk paparan kod pembayaran dengan serta merta. 

Akhir sekali HUAWEI juga menggunakan cip Kirin 9010 pada HUAWEI Pura70 Pro dan HUAWEI Pura70 Ultra. Sementara itu, HUAWEI Pura70 pula dijana dengan cip Kirin 9000s. Pilihan memori juga besar diantara 12GB/16GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB/512GB bergantung pada model yang anda pilih. 


Jangan Tunggu Lagi! Dapatkan Sekarang!

Jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan mana-mana barisan terbaru telefon HUAWEI ini. Boleh mendapatkannya sekarang dengan harga jualan bermula RM3,699 untuk HUAWEI Pura 70, RM4,899 untuk HUAWEI Pura 70 Pro dan RM6,599 pula HUAWEI Pura 70 Ultra. Anda juga berpeluang mendapat hadiah menarik sehingga RM2,376 , berserta rebat hingga RM500 turut boleh dinikmati apabila anda melakukan tukar ganti dengan sebarang telefon HUAWEI sedia ada. Untuk lebih banyak maklumat dan promosi menarik lain sila layari laman web HUAWEI Malaysia. 

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia.

Komen