Carian
Samsung Memegang Pasaran Terbesar Telefon Pintar ASEAN Dengan Transsion Di Tangga Kedua
May 24, 2024 Zamir Roslan

Transsion baru sahaja memasuki pasaran Malaysia menerusi jenama Tecno dan Infinix. Sungguhpun begitu dalam masa yang singkap mereka kini berjaya berada di tangga kedua jenama dengan pengeluaran peranti tertinggi di rantau Asia Tenggara pada Q1 2024 menurut laporan Canalys.

Mereka memegang 18% pengeluaran peranti pada suku tersebut. Samsung berada di tangga teratas dengan pegangan 19% pasaran. Jurang antara dua jenama ini adalah sangat kecil. Di tangga ketiga ialah Xiaomi dan Oppo masing-masing sementara Vivo di tangga ke-lima dengan 12%.

Tetapi dari segi nilai pasaran pula, Apple dan Samsung berada di tangga teratas dengan 30% diikuti oleh Oppo (10%), Xiaomi (9%), dan Vivo (7%). Walaupun tidak memasuki senarai 5 pengeluar peranti terbesar di Asia Tenggara, Apple masih mampu menjana pendapatan paling tinggi dibantu oleh harga jualan iPhone yang lebih premium.

Di Malaysia Samsung berada di tangga pertama dengan pegangan 18% diikuti oleh Xiaomi (17%), Vivo (12%), Oppo (12%) dan Transsion. Dominasi Samsung di pasaran Malaysia semakin terhakis oleh jenama buatan China yang menawarkan harga jualan lebih mampu milik.

Komen