Carian
Anjing Yang Menjadi Meme Doge Telah Mati
May 24, 2024 Effi Saharudin

Kabosu, anjing menjadi asas kepada meme popular Doge telahpun mati pada usia 18 tahun. Pemilik beliau Atsuko Sato mengatakan Kabosu meninggal dunia kerana telah lama sakit dengan pengumuman dilakukan menerusi laman Instagram.

Anjing dari baka Shiba Inu ini mula menjadi meme selepas gambarnya dikongsi di blog milik Atsuko Sato pada tahun 2010. Ia diambil oleh Atsuko Sato dari sebuah tempat perlindungan haiwan selepas pusat ternakan anjing milik pemilik asal Kabosu telah ditutup. Kabosu ialah nama sejenis limau yang digunakan dalam masakan di Jepun.

Gambar Kabosu kemudiannya tersebar ke Reddit dan semenjak itu ia menjadi imej yang sinonim dengan meme doge. Esperesi wajahnya yang seakan manusia membuatkannya dengan pantas tersebar ke semua sudut internet .Kepopularan beliau juga menjadi asas kepada dua mata wang krito Dogecoin dan Shiba Inu.

Komen