FourSquare, salah satu perkhidmatan sosial yang terkenal dengan penawaran geolokasi, kini dilaporkan telah mengurangkan sekitar 25% tenaga kerja mereka, memberikan impak kepada 105 orang pekerja. Langkah pengurangan ini dilakukan selari dalam mengurangkan kos operasi syarikat berkenaan.
Bagi yang tidak mengenali akan FourSquare, ia awal era pengenalan telefon pintar, terkenal sebagai media sosial memfokuskan geolokasi, dimana pengguna boleh mendaftar masuk di sesuatu lokasi dan menerima lencana. Namun, selepas beberapa tahun, ia membahagikan penawaran aplikasi kepada Swarm, sementara FourSquare memfokuskan kepada pelesenan data geolokasi mereka kepada pembangun aplikasi lain.
Melalui penghentian pekerja ini, antara bahagian yang terkesan adalah FourSquare CIty Guide, selain ia juga turut menghentikan pembangunan beberapa perkara, termasuk melibatkan “Mobile Developer Tools dan Geode”.
Dengan perubahan ini, ia tidak dikongsikan lagi berkenaan perancangan FourSquare dalam bergerak ke hadapan.