Carian
Samsung Dijangka Perkenal Galaxy Z Fold6 Dan Flip6 Pada 10 Julai 2024
May 24, 2024 Aman

Samsung kini dilaporkan bakal mengadakan acara Unpacked seterusnya pada bulan Julai, sekaligus menyaksikan pengenalan beberapa produk baharu. Yang bakal menjadi fokus utama adalah telefon dengan skrin boleh-lipat, iaitu Galaxy Z Fold6 dan juga Galaxy Z Flip6.

Samsung dikatakan akan mengadakan acara Unpacked ini pada 10 Julai 2024 di Paris – selari dengan beberapa laporan sebelum ini. Langkah ini adalah dalam usaha menggunakan acara Paris Olympics pada penghujung Julai dalam mempromosikan peranti mereka.

Siri telefon pintar baharu ini dijangka hadir dengan rekaan lebih nipis, selain mengintegrasikan sejumlah ciri kecerdasan buatan padanya. Selain telefon pintar, Samsung juga dijangka memperkenalkan Galaxy Ring pada acara berkenaan, serta jam tangan pintar Galaxy Watch 7.


Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Samsung berkaitan dengannya tidak lama lagi.

Komen