Carian
Apple Dijangka Mengemaskini iPad Mini Dengan Paparan OLED Menjelang 2026
May 25, 2024 Aman

Apple sedia memperkenalkan kemaskini untuk beberapa model iPad baru-baru ini. Antaranya, salah satu variasi yang telah sekian lama tidak menerima kemaskini besar adalah model iPad Mini. Terbaru, mengikut desas-desus industri, Apple dijangka memperkenalkan kemaskini pada model berkenaan menjelang awal 2026 kelak.

Ia diperkatakan Apple akan menggunakan panel OLED pada model berkenaan, dan mungkin hadir dengan paparan bersaiz 8.7-inci.

Bersama-sama dengannya juga, kita mungkin melihat kemaskini pada cip pemprosesan – selari dengan sokongan kecerdasan buatan yang dijangka diintegrasikan oleh Apple pada tablet berkenaan.

Memandangkan terdapat sekitar 2 tahun lagi untuk pengenalannya, kita mungkin mendengar desas-desus lanjut berkaitan iPad Mini ini dalam bulan-bulan akan datang.

Komen