Carian
Google Melabur Pada Syarikat Edagang India, Flipkart
May 25, 2024 Aman

Google hari ini membuat kejutan dengan melakukan pelaburan berjumlah $350 juta pada sebuah syarikat edagang di India, iaitu Flipkart. Ini sekaligus menilaikan syarikat Flipkart berkenaan sekitar $37 bilion.

Flipkart sebelum ini sedia telah diambil-alih pegangan majoritinya oleh Walmart. Pelaburan baharu oleh Google ini merupakan sebahagian daripada pelaburan tambahan yang diterajui oleh pihak Walmart.

Bersama-sama dengan ini juga, Google akan menawarkan perkhidmatan Google Cloud kepada Flipkart – sekaligus menamatkan penggunaan platform Microsoft secara eksklusif sebelum ini.

Di India, Flipkart bersaing rapat dengan Amazon dalam arena edagang, dan mempunyai angka pengguna yang tinggi. Disamping itu, ia turut diperkatakan Flipkart akan melakukan penyenaraian awam di bursa, sekaligus membawa pulangan kepada para pelabur syarikat berkenaan. Ia dianggarkan Flipkart mengawal hampir 48% daripada pasaran edagang di India.

Komen